Dokumentasi Biodata Penulis Malaysia

Susulan sesi “Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia” (14 Oktober 2023), Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) berusaha mengumpul dan mendokumentasi biodata seramai mungkin penulis Malaysia tanpa mengira kaum dan bahasa penulisan. Biodata akan dipaparkan di blog Biodata Penulis Malaysia. Dokumentasi ini sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat mengenali para penulis Malaysia yang menghasilkan karya mana-mana bahasa.

 

Panduan mengirim biodata seperti berikut:

1. Biodata ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.

2. Judul buku/karya boleh ditulis menggunakan bahasa asal. Bagi karya selain Bahasa Malaysia dan Inggeris, tambahan judul dalam tulisan Rumi serta terjemahan judul dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris amat digalakkan.

3. Biodata dimulakan dengan nama penulis.

4. Panjang biodata sekitar 100-200 perkataan sahaja.

5. Biodata ditulis dalam satu perenggan sahaja.

6. Jika ada pautan (link), maka perlu dimasukkan dalam biodata.

7. Biodata adalah teks komunikatif yang memuatkan fakta sahaja; bukan sebuah karya kreatif dan imaginatif penuh gaya bahasa bombastik yang menceritakan impian, mimpi, harapan, kebimbangan, dan cita-cita si penulis secara penuh dramatik, simbolik, dan retorik sehingga ketandusan fakta dan data.

8. Lihat contoh biodata [di sini] sebagai panduan.

9. Biodata ditaip menggunakan Microsoft Word dan disimpan (save) dalam format .doc (bukan .pdf).

10. Biodata dikirim sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com

11. Sertakan foto profil secara lampiran (attachment) dan bukannya ditampal (paste) pada teks biodata.

12. Tarikh tutup: 31 Disember 2023 (9:00 malam)

 

Hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan. Kerjasama para penulis Malaysia amat diharapkan dan dihargai. Biodata akan dipaparkan di blog Biodata Penulis Malaysia.