Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan


Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan atau S. Mahfuzah anak kelahiran negeri Kedah kini menetap di Pulau Pinang. Dilahirkan tanggal 31 Januari 1987. Merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Geografi) tahun 2010 dan Sarjana Geografi dan Pembangunan Ekonomi (tesis penuh) tahun 2016, Universiti Sains Malaysia (USM). Kini merupakan penulis bebas atau penulis pemula. Juga merupakan pembangun kandungan digital e-pembelajaran. Artikel tentang hutan paya bakau tersiar di Dewan Siswa (2017). Mula aktif dalam penulisan bebas berbentuk puisi dan certot. Hasil karya diterbitkan di dalam beberapa antologi puisi, penerbitan certot serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Juga mempunyai satu bab buku bersama penyelidik universiti Penerbit UTHM.